Ahad, 8 Mac 2015

              10 Cara Memikat Hati Bakal Mertua

Mesti ramai yang ingin tahu bagaimana cara memikat hati mertua, kan? Entri ini saya tujukan kepada anda yang bakal bercinta, sedang bercinta, bakal mendirikan rumahtangga (dah menjadi tunangan orang), baru melangkah ke alam perkahwinan dan yang dah lama berkahwin (mana tahu sampai sekarang belum berjaya memikat hati mertua, kan?). 


Mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama

Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain batik atau pelikat sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda

Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan mereka

Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya

Dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya

Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Ingat hari-hari penting yang berkaitan dengan mereka

Contohnya seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda

Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut

Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri

Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi mereka walaupun sekadar bertanya khabar sahaja.

Lirik Sejarah Mungkin Berulang - New Boys

Sejauh mana mampu bertahan
Sampai bila harusku kenang
Setiap kali bertentangan
Tiada ketenangan

Cemburumu merantai hati
Meleburkan semangat diri
Bila aku kenangkan kemanisan lalu
Semua itu ku ketepikan

Andaiku turut rasa hati
Telah jauh ku bawa diri
Tapi kemaafanku lahir dari hati… mengatasi
Sejarah mungkin berulang
Walau engkauku maafkan
Oh kekasih
Tapi mungkin hanya sementara
Keinsafan di hatimu

Berpanas hujan berembun
Tak pernah ku hiraukan
Asal dapat memenuhi
Segala keinginan hati

Ku bina istana cinta
Dihiasi lukisan rindu
Indahnya pada di luar
Tapi penuh kepalsuan
Bila ku tiada
Terbuktilah
Betapa aku pula di sisimu

Sejarah mungkin berulang

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/05/lirik-sejarah-mungkin-berulang-new-boys.html#ixzz3TrWbKEKc


                         5 Tanda Si Dia Masih Ingat Kekasih Lama!!


Melupakan kekasih lama bukannya mudah. Sebab itulah ada sesetengah masih tidak dapat melupakan memori manis bersama bekas teman lelakinya walaupun sudah menenui cinta baru. berikut ialah beberapa tips yang boleh kamu perhatikan untuk mengetahui apakah kekasihmu itu sudah melupakan bekas kekasihnya atau tidak? 

1. Dia sering membandingkan kamu dengan bekas teman kekasihnya. Ini bermakna dia sebenarnya masih tidak dapat melupakan bekas teman lelakinya, sebab itulah dia sering mengatakan kamu mengingatkannya terhadap si dia.

2. Dia mengajak kamu membina hubungan lebih serius dengan tergesa-gesa. Misalnnya berkenalan tidak sampai beberapa bulan sudah mengajak kamu bertunang. Ini bermakna dia sebenarnya cuba menutup perasaan dirinya yang masih berbelah bahagi dan untuk menyelamatkan keadaan, dia membina komitmen baru.

3. Sikapnya sering berubah-ubah. Semalam layanan yang diberikan terhadapmu cukup mesra. Hari ini, dia seolah-olah cuba menjauhkan diri. Jika ini sikapnya, bermakna dia masih lagi terperanjat gara-gara putus cinta dengan bekan teman lelakinya. 

4. Berpura-pura gembira. Salah satu cara untuk melupakan bekas kekasih ialah dengan berpura-pura gembira. Dia bersikap seolah-olah tiada apa yang berlaku, sedangkan dia sebenarnya menahan rasa sedih.

5. Simpan gambarnya. Walaupun si dia memberi alasan bahawa dia dah tak ada apa-apa perasaan dan itu hanyalah sekeping gambar, tapi jangan dibiarkan. Bahaya tu!!! Bermakna kenanagan di antara mereka berdua akan tetap dalam ingatannya...