Isnin, 16 Februari 2015


Saat paling romantis apabila orang yang anda sayangi menghadiahkan sesuatu yang tidak anda jangkakan..... Mesti itu menjadi suatu detik terindah anda pada saat itu bukan? Bagaikan memenangi seutas rantai belian termahal di dunia. hehe.. walaupun hadiah itu hanyalah kuntuman bunga yang hidup ditepian sungai sekalipun..  Salah satu yang sering menjadi tanda luahan cinta seseorang jejaka kepada gadis idamannya adalah bunga mawar sebagai simbolik cintanya. Sebelum zaman melinium berkembang pesat, cara ini digunakan oleh jejaka bagi memikat gadis menjadi pujaan dan igauannya.   

                              MAKNA TERSIRAT WARNA BUNGA!

Kebiasaanya bila si jejaka memberi bunga kepada si gadis pastilah keterujaan menerima bunga itu membolehkan kamu tersenyum sampai ke telinga, betul tak? Namun tahukah kamu bahawa pemberian bunga mengikut warna punya maksud tersirat?





BUNGA WARNA MERAH

Jika kamu menerima sekuntum atau sejambak bunga ros merah daripada jejaka, bermakna perasaan cinta si dia terhadap kamu terlalu mendalam. Merah menandakan cinta, merah juga menandakan cinta itu hadir dengan perasaan tulus dan ikhlas, umpama si dia menyatakan "aku cinta padamu!"






BUNGA WARNA MERAH JAMBU

Warna merah jambu menggambarkan kegembiraan dan kesyukuran. Jika si dia menghadiahkan kamu dengan warna ini bermakna si dia menghargai kamu sebagai kekasih dan orang yang paling penting dalam hidupnya. Ucapan "terima kasih" itu tidak pernah lekang dari bibir si dia. Kamu bagaikan permata hatinya yang sentiasa mekar.





BUNGA WARNA OREN

Menggambarkan keghairahan si dia terhadap perhubungan yang baru bermula. Si dia juga mahukan perhubungan kalian berakhir dengan "happy ending". Walaupun kalian masih dalam proses mengenali hati budi, tetapi keserasian itu sudah pun ada dan masing-masing sedang cuba menyesuaikan diri.





BUNGA WARNA UNGU

Jika kamu menerima pemberian bunga berwarna ungu, tahniah! Ini adalah permulaan kepada sesi perkenalan antara si dia dan kamu. Ungu juga menyampaika pesanan "cinta pandang pertama" kepada seseorang yang istimewa dalam hidup mereka. Jadi selepas ini jika kamu menerima bunga berwarna ungu daripada mana-mana jejaka, JANGAN RAGU-RAGU LAGI YE!.. HEHE...





BUNGA WARNA PUTIH

Putih menggambarkan kesucian cinta. Sesuci mana cinta si dia pada kamu? Kamu boleh lihat cara si dia mengambil berat, melayan karenah kamu tanpa lelah dan sanggup melakukan apa sahaja demi kamu. Setiap kuntum bunga yang dihadiahkan buat kamu bagai menyatakan maksud "I'm gonna miss u and always miss u".




BUNGA WARNA KUNING 

Jika si dia memberikan kamu ros berwarna kuning, itu menandakan persahabatan. Si dia mahu perhubungan kalian kekal dan ternoktah sebagai sahabat sejati. Si dia tidak mahu kamu tersalah anggap tentang perasaan sayangnya terhadap kamu. Cukuplah sekadar teman tapi mesra sahaja. Apa-apa pun si dia tetap akan menjaga dan melindungi selagi mana si dia mampu.


                               KATEGORI BUNGA MENGIKUT ANGKA! 

Angka juga memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej yang ingin anda sampaikan kepada si pengarang hati anda. Memberi sesuatu haruslah ada maknanya, bukan sesuka hati anda je tau!.. huh! jom kita tengak, apakah yang dikatakan dengan angka yang memberi maksud tertentu tu...



1 kuntum bunga 
Cinta Pandang Pertama! "Kaulah Yang Satu!"

2 kuntum bunga
Saling Menyayangi antara satu sama lain

3 kuntum bunga
I Love You!

6 kuntum bunga
Aku Ingin Menjadi Milikmu

7 kuntum bunga
Aku Terlalu Mencintai Dirimu!

9 kuntum bunga
Cinta Yang Abadi

13 kuntum bunga
  Secret Admirer 


Gunalah panduan yang betul agar pasangan anda mudah untuk mengetahui apa yang cuba anda sampaikan, sekali sekala gunalah cara lama, lebih sweet, lebih manis, lebih berkesan! ;)

"Love is not what the mind thinks but what the heart feels- Greg Evans" Beyourself interpretasikan definisi cinta dan jalinan kasih sayang. Jiwa remaja memaknakan cinta menggarap impian bersama, Manisnya Cinta!















Ahad, 1 Februari 2015


Assalamualaikum, Selamat Malam teman sekalian. Senyum manis Si Payung Hati lemparkan pada anda yang melawati blog Si Payung Hati. Slot Si Payung Hati kali ini ingin melontarkan sedikit isu semasa yang kini tiada penghujungnya diutarakan dari semasa ke semasa tidak kira di media sosial mahupun media cetak. Oleh itu, Si Payung Hati tertarik untuk memberi sedikit pandangan mengenai isu " Pendapatan Isteri Lebih Tinggi Berbanding Suami." Ada satu komen di salah satu blog yang memberi satu inspirasi kepada Si Payung Hati agar mengemukakan isu ini, dimana beliau mengatakan bahawa "tak salah gaji isteri lebih tinggi daripada suami.. tapi kalau suami duk makan gaji isteri tanpa buat apa-apa memang tak patut.. sebab lelaki adalah ketua keluarga, dia kena jaga isteri, beri nafkah kepada isteri".
SECARA tradisinya, seseorang wanita yang telah berumah tangga akan bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir rumah tangganya. Umum memaklumi bahawa tanggungjawab wanita sebagai seorang isteri atau ibu adalah memastikan keluarganya dapat diuruskan dengan baik. Rezeki yang diberikan oleh suami dapat diagih-agihkan kepada setiap ahli keluarga dengan adil dan menjadikan setiap ahli keluarga merasa selesa. Memikul peranan sebagai seorang ibu juga termasuklah memelihara anak-anak dengan memberikan didikan yang sempurna. Kedudukan wanita yang telah berumah tangga dan pelaksanaan tanggungjawab ini selaras dengan maksud sebuah hadis Nabi yang berbunyi;
"Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap orang daripada kamu akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya" dinyatakan juga padanya: Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya."
Kedudukan seseorang wanita yang telah berumah tangga juga terikat dengan ketentuan Islam yang menjadikan lelaki sebagai ketua rumah tangga sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud;
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh sebab Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya" (Al-Nisa': 34)

Jika difikirkan dari sudut positif, ini adalah kelebihan buat keluarga dan suami. Sebab isteri banyak membantu dalam meringankan beban ekonomi keluarga. Apa yang kurang isteri boleh tolong tambah serba sedikit. Si suami pula tidak mengharapkan duit isteri, namum apa salahnya jika si isteri sudi bersedekah untuk kebaikan dan kebahagian keluarganya juga, semi kelangsungan kehidupan keluarga.
Namum berapa ramai suami yang berhadapan situasi begini yang mampu bersikap positif. Dalam bercerita bab positif, bab negatif pun ada banyaknya juga.

Dari sudut negatif seorang suami yang rasa tercabar, kerana sebagai ketua keluarga dan seorang lelaki, dia tidak mampu menyara  keluarga sepenuhnya, malah perlu mendapatkan bantuan isteri. Mungkin timbul sedikit rasa rendah diri dan rasa terhina apabila isteri asyik duk mengungkit.

Dari sudut negatif seorang isteri pula, mungkin dia merasa hebat dan megah kerana walaupun dia cuma seorang wanita, namum gaji dia lebih besar dan segala harta seperti rumah, barangan perabot, kereta mewah semuanya milik si isteri. Jadi rasa hormat dia kepada suami berkurang, malah tindak dianggap suami seperti ketua keluarga, malah lebih teruk si suami terpaksa mengikut sahaja apa keputusan isteri.

Lebih negatif adalah apabila si suami yang hanya tahu makan duit isteri. Duit gajinya diguna untuk berfoya sakan, duit isteri digunakan untuk belanja dirumah. Lelaki macam ni memang tak guna,sepatunya duit isteri hanya diguna pakai apabila si suami dalam keadaan sesak, poket dah kering. Tapi dia salah guna, hentam duit isteri dia pula.

Secara positifnya tiada salah isteri bergaji besar serta berjawatan besar, namum tanggungjawab sebagai suami isteri perlu dijaga. Suami jangan harapkan duit isteri, tapi jadikan itu sebagai backup jika ada kecemasan atau duit belanja tidak cukup, maklumlah semua harga sekarang dah naik...inflasi..inflasi..Isteri juga perlu tahu menghormati suami, walaupun gaji suami kecil, kerja biasa-biasa sahaja, tetapi di rumah suami tetap ketua keluarga, jangan pijak kepala suami.

Saling memahami dan membantu pasangan dalam mengukuhkan ekonomi keluarga 
Walaupun isteri bekerja dan berpendapatan lebih tinggi dari suami, si suami tidak boleh lepas tangan dan menyerahkan sepenuhnya segala perbelanjaan rumahtangga kepada isteri, sepatutnya di awal perkahwinan suami perlu berbincang dengan penuh hikmah dan kelembutan berkaitan sara hidup keluarga lebih-lebih lagi jika pendapatan suami lebih rendah dari isteri. Isteri keluar bekerja dengan keizinan suami, pendapatan yang diperolehi isteri adalah hak isteri tetapi sekiranya dia dengan kerelaan  hatinya membantu kewangan keluarga adalah lebih baik. Suami tidak boleh sama sekali memaksa isterinya untuk menggunakan semua pendapatan isteri untuk menyara keluarga termasuk melunasi hutang piutang suami. Sekiranya isteri sukarela membantu suami dalam urusan perbelanjaan keluarga dan menggunakan gajinya untuk melunasi hutang suami tidak menjadi satu kesalahan dalam islam. Lebih-lebih lagi di zaman yang sedang mengalami kenaikan harga barangan dan saraan hidup yang meningkat tinggi, isteri yang sanggup membantu meringankan beban suaminya adalah tindakan yang bijak dan patut diberi pujian.
Tidak akan bahagia sesebuah rumahtangga yang di dalamnya sentiasa berlaku pertengkaran dan pergaduhan disebabkan keegoan dan tidak puas hati terhadap sikap dan perilaku pasangan suami atau isteri. Pergolakan rumahtangga yang berpanjangan disebabkan isu nafkah ini akan memberi kesan terhadap anak-anak dan secara tidak langsung anak-anak akan membesar dalam keadaan yang tidak sempurna serta harmoni, tidak mustahil juga rumahtangga yang dibina akan runtuh.


Sebenarnya, jika dilihat di sekeliling kita, ramai isteri yang bergaji/berpendapatan lebih tinggi dari lelaki. Dan kebanyakan mereka juga hidup bahagia dan aman walaupun tidak begitu mewah. Kunci kejayaan untuk bahagia dalam situasi “WIFE IS THE BREAD WINNER” ini adalah SEDAR, IKHLAS dan BERTOLAK ANSUR.
SEDAR


  • Bagi pasangan-pasangan tidak sama taraf “pendapatan” yang ingin berkahwin, perlulah berbincang sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Bakal si suami dan si isteri, perlu jujur dalam hal ini. Suami perlu berterus terang tentang pendapatan beliau dan bakal isteri perlu sedar, sekiranya dia berkahwin dengan lelaki tersebut, dia juga akan menyumbang sebahagian dari pendapatannya untuk keluarga. Kadang-kadang lebih dari suami. Dan nasihat saya, rancanglah perbelanjaan keluarga secara kasar, sebelum berkahwin, supaya kedua-dua pihak sedar akan kemampuan dan tanggungjawab masing-masing.
  • Dan suami juga, apabila sudah berkahwin, perlu sedar yang sebahagian tanggungjawab menyediakan nafkah telah dibantu oleh isteri. Suami perlu banyak bersyukur kerana dikurniakan isteri yang sanggup membantu meringankan beban anda itu. Oleh itu, si suami perlu ringan tangan membantu dari segi hal rumahtangga pula. Anda bekerja, isteri anda pun bekerja. Jadi apabila dirumah, suami dan isteri perlu sama-sama juga berusaha menguruskan rumah tangga. Si isteri masak, si suami basuh pinggan. Si isteri basuh kain, si suami menyidai. Si isteri menggosok baju, si suami melipat baju. Si isteri mengemas rumah, si suami membersih bilik air. Benda-benda ringan seperti ini sebenarnya akan jadi berat sekiranya dilakukan seorang diri. Isteri mana tidak mengomel, kalau si suami, sudahlah makan minum pun tidak ditanggung sepenuhnya, kemudian jadi boss besar di rumah sambil goyang kaki. Itu tidak adil dan zalim namanya! Dan ini bukan layan suami terhadap isteri, tetapi layanan tuan kepada hambanya!






IKHLAS

  • Perkara ini berlaku terhadap isteri yang pada satu tahap dia tidak lagi mahu berkorban wang ringgit untuk keluarganya. Saya pernah berjumpa seorang rakan yang tidak mahu berkongsi wang dalam urusan rumah tangga. Baginya duit dia hak dia. Suami yang perlu menanggung segalanya. Nasib baik, rakan saya ini mendapat suami yang baik. Si suami yang bergaji kecil ini, sedaya upaya membanting tulang, bekerja siang malam, mencari OT, demi untuk menampung hidup keluarga di bandar metropolitan ini. Mana kala si isteri, masih lagi dengan sikap enjoy macam anak dara, membeli belah tanpa berfikir panjang dengan duit gaji bulananya. Lebih-lebih lagi apabila sudah berkahwin, sewa rumah dan barang dapur dibiayai sepenuhnya oleh suami. Jadi bertambah mewahlah si isteri.
  • Tapi sampai satu tahap, si suami, makin lama makin tidak bertenaga. Stress dan juga letih bekerja mencari nafkah. Akhirnya selepas dua tahun berkahwin, si suami jatuh sakit. Dan yang mengharukan, si suami tadi menangis teresak-esak mengenangkan perbelajaan bulanan tidak akan cukup kerana dia tidak berkerja OT bulan itu akibat jatuh sakit. Pada masa itu, barulah si isteri sedar akan pengorbanan si suami. Isteri mana sanggup melihat suaminya menangis kerana tekanan.. Sejak dari itu, barulah si isteri dengan ikhlas hati membantu si suami dari segi kewangan.
  • Pengajarannya ialah, kita perlu seikhlas hati membantu suami sekiranya diperlukan. Sanggupkah kita membiarkan suami seorang diri terbeban dengan perbelanjaan rumah yang tinggi masa kini. Memang bukan tanggungjawab kita. Tidak berdosa sedikit pun kiranya kita tidak membantu. Tetapi bayangkan betapa besarnya pahala seorang isteri yang seikhlas hati membantu suami. Dan Insyaallah, bila suami berbahagia dengan kita, syurgalah balasannya untuk kita.





BERTOLAK ANSUR

  • Perkara utama ini sangat perlu dalam mana-mana hubungan. Suami isteri perlu saling bertolak ansur dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tiada manusia yang sempurna, tetapi manusia boleh berusaha untuk menjadi lebih baik. Suami yang bergaji kecil, perlu sedar isteri yang membantu anda bukan atas satu kewajipan, tetapi atas dasar kasih sayang. Jangan pula si suami terus lepas tangan dari menyara keluarga kerana isterinya bergaji besar. Sepatutnya, duit gajinya itu semua diserahkan untuk perbelanjaan keluarga. Jangan pula gaji yang sedikit itu sebahagiannya dilaburkan pada bekalan rokok, belanja pergi memancing, menukar ‘sport rim’ kereta dan sebagainya. Dan jangan jadi ‘king control’ duit isteri. Sebanyak mana isteri anda sanggup bagi, terimalah dengan rasa bahagia. Selebihnya, jangan ditanya. Itu hak si isteri.
  • Si isteri pula, jangan memperkecilkan peranan suami walaupun gajinya kecil. Bagaimana tinggi darjat dan besar gaji anda di luar rumah, di rumah suami tetap ketua yang memimpin keluarga. Usah pula meninggi suara dan berlagak sombong dengan si suami. Setiap keputusan besar yang melibatkan hal rumah tangga perlu dibincangkan dengan suami. Tanam juga dalam hati, kalau ingin berbelanja (membeli barang-barang peribadi), adakah ianya satu keperluan atau pembaziran. Adakah duit itu lebih bermanfaat jika dibelanjakan untuk keluarga. Adakah keluarga anda akan terbeban sekiranya anda terlebih berbelanja.
  • Isteri yang bergaji lebih besar, perlu bijak mengatur perbelanjaan untuk keluarga dan diri sendiri. Bantu suami anda bukan sahaja dari segi wang ringgit tapi juga dari segi pengurusan perbelanjaan keluarga itu sendiri. Perbincangan antara suami isteri perlu dilakukan bukan bergantung kepada keputusan sebelah pihak sahaja.



Jadi, kepada gadis-gadis diluar sana, usah begitu gusar mencari pasangan yang gajinya lebih tinggi dari anda. Carilah suami yang baik dan bertanggungjawab, kerana kalau yang tidak bertanggungjawab, gaji yang berjuta ringgit sebulan pun belum tentu dapat membahagiakan anda.
Contohilah, Siti Kadijah isteri pertama Rasulallah s.a.w kita. Biarpun beliau pada asalnya jauh lebih kaya dan berharta dari Baginda Rasullah s.a.w, tetapi beliau dengan seikhlas hati menerima Nabi sebagai suami.

Jalan penyelesaian terbaik ialah saling memahami dan membantu pasangan dalam mengukuhkan ekonomi keluarga. Suami tidak hanya berpeluk tubuh  dan menyerahkan segala urusan kewangan keluarga kepada isteri secara mutlak,sebagai bapa dan ketua keluarga perlu berusaha lebih gigih dan membuat perhitungan yang bijak dalam menjana pendapatan. Hargailah penat lelah isteri membantu perbelanjaan keluarga namun jangan sampai untuk kenderaan  sendiripun isteri terpaksa membayar hutangnya,suami walaupun bergaji kecil sekiranya bijak mengagihkan  pendapatan dan memberi nafkah mengikut kemampuannya  tentu masalah tidak timbul dan isteri pasti memahaminya.

Wallahua’lam