Isnin, 19 Januari 2015

Assalamualaikum, Salam Santai dari Si Payung Hati. :)

Hari ini Si Payung Hati buntu hendak meluahkan apa. Namun, Si Payung Hati tertarik untuk berkongsi tentang fenomena kini dimana Si Payung Hati lihat ramai menjadi mangsa keadaan dimana mereka diduakan dalam keadaan tidak sedar. Walaupun Si Payung Hati masih dikatakan setahun jagung dalam mengenal cinta tapi sebagai insan pencinta bahkan mengalaminya, dengan pengalaman yang ada satu perkongsian bersama ingin Si Payung Hati kongsikan. 



 
KENAPA BILA KAU SETIA, DIA TETAP CURANG??

Keadaan yang masih berlegar kepada manusia itu sendiri, melibatkan hati dan perasaan, kenapa bila kita cukup setia dan menjaga perasaan seseorang itu, tetapi akhirnya kita akan dikhianati juga? 

Pada pendapat Si Payung Hati, perkara ini haruslah berbalik semula kepada soal hati dan perasaan seseorang itu juga. Benda itu adalah tindakan dalam kawalan dan juga luar kawalan seseorang manusia itu sendiri. Manusia itu sendiri yang lebih kenal hati dan perasaan mereka berbanding orang luar. Pada zahirnya, orang boleh kata dia memahami kau luar dan dalam, tahu buruk baik kau, tetapi apakah dia tahu apa yang terlintas dalam fikiran dan naluri kau? Tidak bukan? hehe..

 MENGAPAKAH KECURANGAN ITU BOLEH BERLAKU??

Menurut statistik perpisahan, penceraian kebanyakannya disebabkan oleh kecurangan pasangan, tidak mengira jantina, sama ada lelaki ataupun perempuan. Itu pasti walaupun mungkin ia didominasi oleh jantina tertentu, tetapi masih lagi kita tidak boleh melemparkan tuduhan bahawa lelaki yang akan curang dan perempuan akan setia ataupun lelaki setia tetapi perempuan yang membuat onar di belakang. 

Kecurangan bukan dipengaruhi oleh jantina, tetapi lebih kepada hati manusia itu sendiri. Curang adalah salah satu faktor perpisahan dan penceraian boleh berlaku dan itu tentunya membawa kepada kesan yang lebih buruk. Salah satunya mungkin akan terselit sifat curang dan pengkhianatan. 



Mengapakah seseorang itu boleh bertindak melakukan sedemikian dan mengakibatkan kesan yang bukan sedikit dalam sesuatu perhubungan. 


1. Belum bersedia memberikan komitmen. 

Tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan, sesetengah daripada kita mungkin lebih cenderung untuk memberikan tumpuan penuh dalam kerjaya dan mencapai sesuatu yang lebih tinggi dan baik dalam hidup. Masih banyak yang mahu dikejar serta diberikan dan apabila pasangan mula terus mendesak untuk membawa perhubungan lebih jauh dan bermakna, sesetengah daripada kita mungkin belum bersedia. Istilah "kita kawan dulu baru kita kenal lebih rapat", sering digunakan salah seorang pasangan untuk mengelakkan diri daripada terus didesak. 

Tidak dinafikan bahawa setiap orang mempunyai sikap memberontak mereka yang tersendiri. Sesuatu yang disembunyikan daripada umum dan apabila terlampau mendesak, biasanya ia akan meledak dengan sendirinya kemarahan yang dipendam sekian lama. Maaf, tapi dari segi pengalaman Si Payung Hati, ini kebanyakannya berlaku pada lelaki yang tidak tahan didesak oleh kekasih untuk ikatan lebih serius dalam perhubungan. Lelaki tidak suka didesak. Mereka lebih gemar membuat sesuatu dengan acuan mereka sendiri, walaupun ia mungkin menyakitkan wanita/pasangan mereka. 

 
2.Bosan dengan benda rutin. 

BOSAN!! Ini sebenarnya dalam diri manusia itu sendiri. Sesetengah daripada kita memang sukakan rutin dan sudah terbiasa dengan hidup berjadual sehingga kita sudah tidak kisah dengan apa benda lain asalkan kita mencapai matlamat yang kita mahukan. Tetapi kita jangan lupa, ada orang yang benci dan tidak selesa dengan perkara sebegitu. Ada orang yang mahukan hidup dia sentiasa dalam keadaan sesuatu yang tidak diduga dan seronok dengan perkara demikian. Menmang tidak salah. Cuma janganlah sampai berlebihan, ye...




3.Ada cinta baru ataupun jumpa semula cinta lama

Ada yang jumpa cinta baru dalam diri mereka dan mula mahu menggapai satu lagi pelabuhan dengan meletakkan kaki di sebuah lagi kapal. Kata orang, satu kapal satu nakhoda, tetapi kadangkala dalam dua kapal, kita boleh ada satu nakhoda. Lagi hebat kalau bilangan kapal dan nakhoda saling berkadar terus bukan? Kuasa dominasi yang melampau bila dibuat dengan cara yang tidak baik dan pincang gaya. 

Pengalaman akan memberikan kita sesuatu yang tidak pernah kita mimpi akan berlaku. Mungkin kesakitan lampau akan membuatkan kita berjaga dan menjadikan kita tidak mahu alpa walaupun hakikatnya kita masih terleka. Dan dalam kelekaan, kealpaan dan kelalaian kita itu, tidak mustahil akan ada hati yang terguris sakit dengan betapa kejamnya kita bertindak sebagai manusia. 

Bila jumpa dengan kekasih lama yang kononnya sudah lama mati, tiba-tiba hidup kembali bagaikan disemai dan dibajai semula. Padahal, ada kekasih ataupun pasangan yang sedang menanti penuh setia. Hanyut dalam coretan dan layangan kanvas cerita lama dan entah bagaimana, ceritera baru mahu dilakarkan semula. Aneh-aneh sahaja manusia. 

Kegembiraan kadangkala akan mendatang dengan cepat dan pergi dalam sekelip mata. Terbang melayang tatkala tangan mahu menggenggam dengan pantas. Mata hanya akan dapat memandang ia berlalu pergi tanpa menyedari, itulah yang cuba digapai selama ini. 

Selalu orang kita sebut, JANGAN BIMBANG, "jodoh lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" dan sebaliknya (sepertimana disebut dalam al-quran). Tapi ramai yang kurang mengambil kisah tentang "jodoh lelaki atau perempuan yang baik untuk lelaki atau perempuan yang tak baik". Allah gunakan kuasa Dia untuk memilih insan tertentu mengalami ujian hidup sedemikian rupa. Kekadang insan yang terlampau baik budi pekerti dan akhlak dia sentiasa terjaga semasa bujang akhirnya bertemu jodoh dengan insan yang sudah rosak. Mungkin, Allah inginkan insan bertuah yang dipilih itu membantu membimbing pasangannya yang sudah rosak akhlak itu. 




 4. Obses

Ada individu yang terlalu obses pada pasangannya, sehinggakan setiap gerak geri pasangan dikawalnya. Ini akan mengakibatkan pasangannya terasa terlalu dikongkong dah hilang kebebasan. Lama-kelamaan pasangan akan mula rasa jemu dan ini akan mengakibatkan keretakkan dalam perhubungan itu. 



 
Hidup memang indah. Dan kita yang bertanggungjawab untuk membuatkan ia lebih indah, semuanya bergantung kepada apa yang kita mahukan, dan tentunya apa yang telah dirancang oleh Allah buat kita. 

Kata pujangga ada menyebut bahawa "Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang salah agar kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK ADA BERSAMA ALLAH. Ada IMAN ada SETIA, Tiada IMAN tiada SETIA. 


Isnin, 12 Januari 2015

Assalamuaikum, Salam Sejahtera,
Hi, Selamat Malam, saya Fatin Nurshahira Ibrahim atau lebih kenali sebagai Si Payung Hati. Malam ini Si Payung Hati ingin berkongsi serba sedikit mengenai " 8 Bagaimana Si Pencinta Untuk Mengetahui Cara Untuk Mengenali Sikap Lelaki yang Anda Cintai itu Betul-betul Jujur Dalam Menjadikan Anda Sebagai Kekasih Mereka". 

Hubungan yang terjalin memerlukan kejujuran dalam diri setiap pasangan, kejujuran adalah asas utama yang akan memastikan keutuhan sesebuah perhubungan itu..tapi andakah anda terfikir sejauh manakah diri seseorang itu mampu berlaku jujur?..

Amat penting bagi kaum wanita untuk cuba mengenalpasti insan lelaki yang mendampingi anda itu benar-benar jujur atau sebaliknya dalam menjalinkan hubungan dengan anda..

Bagamaina anda ingin mengetahui cara untuk mengenali sikap lelaki betul-betul jujur dalam menjadikan anda sebagai kekasih mereka :

1- Diawal perkenalan masing-masing akan memperkenalkan biodata diri sendiri. Selalunya perempuan yang akan beriya-iya memberitahu segalanya mengenai diri, hingga ke salasilah keluarga pun nak diberitahu, itulah perempuan, em... tetapi si lelaki ni hanya memberitahu,namanya sahaja. Hal lain dia tidak akan bagi tahu sepenuhnya. Oleh itu, kalau anda berjumpa lelaki jenis ini, anda perlu berhati-hati kerana ada agenda tersembunyi dalam memikat diri anda..jangan mudah terpedaya ye....

2- Mengenai nama sebenar anda, pada perkenalan awalan anda bersama si dia, anda hanya perlu sekali jer memberitahu nama penuh anda,cukup seminggu perkenalan anda cuba bertanya kembali si dia mengenai nama penuh anda, adakah si dia mampu menjawabnya . Kalau dia boleh jawab, kiranya dia betul-betul serius dalam menjalin hubungan dengan anda ,tetapi jika sebaliknya faham-faham sendiri lah ye kaum hawa ,mesti ada berderet lagi nama dia nak kena ingat.. hahaha.. Selalu Lelaki yang ada niat tidak bersungguh terhadap diri anda, dia tidak mengendahkan apakah nama penuh anda, yang dia tahu mengenai nafsunya terhadap diri anda semata-mata, jika anda tanya mengenai perkara ini tentunya dia akan tergagap-gagap untuk menjawab.. sudah pasti anda tahu akan jawapan kejujurannya kan? 

3-Tarikh lahir. Tarikh lahir anda adakah diingati oleh si dia? Hanya lelaki betul-betul jujur dalam menyintai diri anda yang akan peka terhadap perkara sebegini, Selalunya lelaki akan memberi alasan “alamak, lupa la sayang, birthday sayang hari ini ea.. sory i agak sibuk sekarang.. esok kita celebrate birthday sayang ye, jangan merajuk"…AWAS! anda jangan terpengaruh dengan alasan zaman batu ini. Apa yang anda perlu lakukan, anda haruslah berhati-hati dengan si dia,perhatikan gerak-geri dan muslihat si dia seterusnya, jangan khuatir nanti kebenaran akan berpihak kepada anda.