Hari ini Si Payung Hati buntu hendak meluahkan apa. Namun, Si Payung Hati tertarik untuk berkongsi tentang fenomena kini dimana Si Payung Hati lihat ramai menjadi mangsa keadaan dimana mereka diduakan dalam keadaan tidak sedar. Walaupun Si Payung Hati masih dikatakan setahun jagung dalam mengenal cinta tapi sebagai insan pencinta bahkan mengalaminya, dengan pengalaman yang ada satu perkongsian bersama ingin Si Payung Hati kongsikan.
KENAPA BILA KAU SETIA, DIA TETAP CURANG??
Keadaan yang masih berlegar kepada manusia itu sendiri, melibatkan hati dan perasaan, kenapa bila kita cukup setia dan menjaga perasaan seseorang itu, tetapi akhirnya kita akan dikhianati juga?
Pada
pendapat Si Payung Hati, perkara ini haruslah berbalik semula kepada
soal hati dan perasaan seseorang itu juga. Benda itu adalah tindakan
dalam kawalan dan juga luar kawalan seseorang manusia itu sendiri.
Manusia itu sendiri yang lebih kenal hati dan perasaan mereka
berbanding orang luar. Pada zahirnya, orang boleh kata dia memahami
kau luar dan dalam, tahu buruk baik kau, tetapi apakah dia tahu apa
yang terlintas dalam fikiran dan naluri kau? Tidak bukan? hehe..
MENGAPAKAH
KECURANGAN ITU BOLEH BERLAKU??
Menurut
statistik perpisahan, penceraian kebanyakannya disebabkan oleh
kecurangan pasangan, tidak mengira jantina, sama ada lelaki ataupun
perempuan. Itu pasti walaupun mungkin ia didominasi oleh jantina
tertentu, tetapi masih lagi kita tidak boleh melemparkan tuduhan
bahawa lelaki yang akan curang dan perempuan akan setia ataupun
lelaki setia tetapi perempuan yang membuat onar di belakang.
Kecurangan
bukan dipengaruhi oleh jantina, tetapi lebih kepada hati manusia itu
sendiri. Curang adalah salah satu faktor perpisahan dan penceraian
boleh berlaku dan itu tentunya membawa kepada kesan yang lebih buruk.
Salah satunya mungkin akan terselit sifat curang dan pengkhianatan.
Mengapakah
seseorang itu boleh bertindak melakukan sedemikian dan mengakibatkan
kesan yang bukan sedikit dalam sesuatu perhubungan.
1.
Belum bersedia memberikan komitmen.
Tidak
kira sama ada lelaki mahupun perempuan, sesetengah daripada kita
mungkin lebih cenderung untuk memberikan tumpuan penuh dalam kerjaya
dan mencapai sesuatu yang lebih tinggi dan baik dalam hidup. Masih
banyak yang mahu dikejar serta diberikan dan apabila pasangan mula
terus mendesak untuk membawa perhubungan lebih jauh dan bermakna,
sesetengah daripada kita mungkin belum bersedia. Istilah "kita
kawan dulu baru kita kenal lebih rapat", sering digunakan salah
seorang pasangan untuk mengelakkan diri daripada terus didesak.
Tidak
dinafikan bahawa setiap orang mempunyai sikap memberontak mereka yang
tersendiri. Sesuatu yang disembunyikan daripada umum dan apabila
terlampau mendesak, biasanya ia akan meledak dengan sendirinya
kemarahan yang dipendam sekian lama. Maaf, tapi dari segi pengalaman
Si Payung Hati, ini kebanyakannya berlaku pada lelaki yang tidak
tahan didesak oleh kekasih untuk ikatan lebih serius dalam
perhubungan. Lelaki tidak suka didesak. Mereka lebih gemar membuat
sesuatu dengan acuan mereka sendiri, walaupun ia mungkin menyakitkan
wanita/pasangan mereka.
2.Bosan
dengan benda rutin.
BOSAN!!
Ini sebenarnya dalam diri manusia itu sendiri. Sesetengah daripada
kita memang sukakan rutin dan sudah terbiasa dengan hidup berjadual
sehingga kita sudah tidak kisah dengan apa benda lain asalkan kita
mencapai matlamat yang kita mahukan. Tetapi kita jangan lupa, ada
orang yang benci dan tidak selesa dengan perkara sebegitu. Ada orang
yang mahukan hidup dia sentiasa dalam keadaan sesuatu yang tidak
diduga dan seronok dengan perkara demikian. Menmang tidak salah. Cuma
janganlah sampai berlebihan, ye...
3.Ada
cinta baru ataupun jumpa semula cinta lama
Ada
yang jumpa cinta baru dalam diri mereka dan mula mahu menggapai satu
lagi pelabuhan dengan meletakkan kaki di sebuah lagi kapal. Kata
orang, satu kapal satu nakhoda, tetapi kadangkala dalam dua kapal,
kita boleh ada satu nakhoda. Lagi hebat kalau bilangan kapal dan
nakhoda saling berkadar terus bukan? Kuasa dominasi yang melampau
bila dibuat dengan cara yang tidak baik dan pincang gaya.
Pengalaman
akan memberikan kita sesuatu yang tidak pernah kita mimpi akan
berlaku. Mungkin kesakitan lampau akan membuatkan kita berjaga dan
menjadikan kita tidak mahu alpa walaupun hakikatnya kita masih
terleka. Dan dalam kelekaan, kealpaan dan kelalaian kita itu, tidak
mustahil akan ada hati yang terguris sakit dengan betapa kejamnya
kita bertindak sebagai manusia.
Bila
jumpa dengan kekasih lama
yang kononnya sudah lama mati, tiba-tiba hidup kembali bagaikan
disemai dan dibajai semula. Padahal, ada kekasih ataupun pasangan
yang sedang menanti penuh setia. Hanyut dalam coretan dan layangan
kanvas cerita lama dan entah bagaimana, ceritera baru mahu dilakarkan
semula. Aneh-aneh sahaja manusia.
Kegembiraan
kadangkala akan mendatang dengan cepat dan pergi dalam sekelip mata.
Terbang melayang tatkala tangan mahu menggenggam dengan pantas. Mata
hanya akan dapat memandang ia berlalu pergi tanpa menyedari, itulah
yang cuba digapai selama ini.
Selalu
orang kita sebut, JANGAN BIMBANG,
"jodoh lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" dan
sebaliknya (sepertimana disebut dalam al-quran). Tapi ramai yang
kurang mengambil kisah tentang "jodoh lelaki atau perempuan yang
baik untuk lelaki atau perempuan yang tak baik". Allah gunakan
kuasa Dia untuk memilih insan tertentu mengalami ujian hidup
sedemikian rupa. Kekadang insan yang terlampau baik budi pekerti dan
akhlak dia sentiasa terjaga semasa bujang akhirnya bertemu jodoh
dengan insan yang sudah rosak. Mungkin, Allah inginkan insan bertuah
yang dipilih itu membantu membimbing pasangannya yang sudah rosak
akhlak itu.
4.
Obses
Ada
individu yang terlalu obses pada pasangannya, sehinggakan setiap
gerak geri pasangan dikawalnya. Ini akan mengakibatkan pasangannya
terasa terlalu dikongkong dah hilang kebebasan. Lama-kelamaan
pasangan akan mula rasa jemu dan ini akan mengakibatkan keretakkan
dalam perhubungan itu.
Hidup
memang indah. Dan kita yang bertanggungjawab untuk membuatkan ia
lebih indah, semuanya bergantung kepada apa yang kita mahukan, dan
tentunya apa yang telah dirancang oleh Allah buat kita.
Kata
pujangga ada menyebut bahawa "Memang ALLAH sengaja menemukan
kita dengan orang salah agar kita lebih faham bahawa CINTA YANG
TERBAIK ADA BERSAMA ALLAH. Ada IMAN ada SETIA, Tiada IMAN tiada
SETIA.







Tiada ulasan:
Catat Ulasan