Saat paling romantis apabila orang yang anda sayangi menghadiahkan sesuatu yang tidak anda jangkakan..... Mesti itu menjadi suatu detik terindah anda pada saat itu bukan? Bagaikan memenangi seutas rantai belian termahal di dunia. hehe.. walaupun hadiah itu hanyalah kuntuman bunga yang hidup ditepian sungai sekalipun.. Salah satu yang sering menjadi tanda luahan cinta seseorang jejaka kepada gadis idamannya adalah bunga mawar sebagai simbolik cintanya. Sebelum zaman melinium berkembang pesat, cara ini digunakan oleh jejaka bagi memikat gadis menjadi pujaan dan igauannya.
MAKNA TERSIRAT WARNA BUNGA!
Kebiasaanya bila si jejaka memberi bunga kepada si gadis pastilah keterujaan menerima bunga itu membolehkan kamu tersenyum sampai ke telinga, betul tak? Namun tahukah kamu bahawa pemberian bunga mengikut warna punya maksud tersirat?
BUNGA WARNA MERAH
Jika kamu menerima sekuntum atau sejambak bunga ros merah daripada jejaka, bermakna perasaan cinta si dia terhadap kamu terlalu mendalam. Merah menandakan cinta, merah juga menandakan cinta itu hadir dengan perasaan tulus dan ikhlas, umpama si dia menyatakan "aku cinta padamu!"
BUNGA WARNA MERAH JAMBU
Warna merah jambu menggambarkan kegembiraan dan kesyukuran. Jika si dia menghadiahkan kamu dengan warna ini bermakna si dia menghargai kamu sebagai kekasih dan orang yang paling penting dalam hidupnya. Ucapan "terima kasih" itu tidak pernah lekang dari bibir si dia. Kamu bagaikan permata hatinya yang sentiasa mekar.
BUNGA WARNA OREN
Menggambarkan keghairahan si dia terhadap perhubungan yang baru bermula. Si dia juga mahukan perhubungan kalian berakhir dengan "happy ending". Walaupun kalian masih dalam proses mengenali hati budi, tetapi keserasian itu sudah pun ada dan masing-masing sedang cuba menyesuaikan diri.
BUNGA WARNA UNGU
Jika kamu menerima pemberian bunga berwarna ungu, tahniah! Ini adalah permulaan kepada sesi perkenalan antara si dia dan kamu. Ungu juga menyampaika pesanan "cinta pandang pertama" kepada seseorang yang istimewa dalam hidup mereka. Jadi selepas ini jika kamu menerima bunga berwarna ungu daripada mana-mana jejaka, JANGAN RAGU-RAGU LAGI YE!.. HEHE...
BUNGA WARNA PUTIH
Putih menggambarkan kesucian cinta. Sesuci mana cinta si dia pada kamu? Kamu boleh lihat cara si dia mengambil berat, melayan karenah kamu tanpa lelah dan sanggup melakukan apa sahaja demi kamu. Setiap kuntum bunga yang dihadiahkan buat kamu bagai menyatakan maksud "I'm gonna miss u and always miss u".
BUNGA WARNA KUNING
Jika si dia memberikan kamu ros berwarna kuning, itu menandakan persahabatan. Si dia mahu perhubungan kalian kekal dan ternoktah sebagai sahabat sejati. Si dia tidak mahu kamu tersalah anggap tentang perasaan sayangnya terhadap kamu. Cukuplah sekadar teman tapi mesra sahaja. Apa-apa pun si dia tetap akan menjaga dan melindungi selagi mana si dia mampu.
KATEGORI BUNGA MENGIKUT ANGKA!
Angka juga memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej yang ingin anda sampaikan kepada si pengarang hati anda. Memberi sesuatu haruslah ada maknanya, bukan sesuka hati anda je tau!.. huh! jom kita tengak, apakah yang dikatakan dengan angka yang memberi maksud tertentu tu...
1 kuntum bunga
Cinta Pandang Pertama! "Kaulah Yang Satu!"
2 kuntum bunga
Saling Menyayangi antara satu sama lain
3 kuntum bunga
I Love You!
6 kuntum bunga
Aku Ingin Menjadi Milikmu
7 kuntum bunga
Aku Terlalu Mencintai Dirimu!
9 kuntum bunga
Cinta Yang Abadi
13 kuntum bunga
Secret Admirer
Gunalah panduan yang betul agar pasangan anda mudah untuk mengetahui apa yang cuba anda sampaikan, sekali sekala gunalah cara lama, lebih sweet, lebih manis, lebih berkesan! ;)
"Love is not what the mind thinks but what the heart feels- Greg Evans" Beyourself interpretasikan definisi cinta dan jalinan kasih sayang. Jiwa remaja memaknakan cinta menggarap impian bersama, Manisnya Cinta!










Tiada ulasan:
Catat Ulasan